Projek seluas 485 hektar di Sungkai, Perak berpotensi wujud 50,000 peluang pekerjaan
PROJEK Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang akan dimajukan di tapak seluas 485 hektar di Sungkai, Perak berpotensi menarik pelaburan berjumlah RM15 bilion serta mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baru.
PROJEK Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang akan dimajukan di tapak seluas 485 hektar di Sungkai, Perak berpotensi menarik pelaburan berjumlah RM15 bilion serta mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baru.
Projek industri pertahanan pertama seumpamanya di ASEAN yang akan
dimajukan secara usaha sama antara Kementerian Pertahanan dengan
syarikat tempatan Masterplan Consulting Sdn Bhd itu, bertujuan
menyediakan sebuah kawasan perindustrian bertaraf dunia yang khusus
untuk penjanaan inovasi dan teknologi dalam bidang berkaitan pertahanan.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion MDSTP akan dimajukan dalam tiga fasa bagi tempoh 12 tahun dan dilengkapi prasarana yang terbaik, meliputi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), komersial, universiti serta kawasan perindustrian.
Ia disasarkan untuk menarik pelaburan dalam enam sektor iaitu avionik dan aeroangkasa, automotif, maritim, senjata, ICT serta pengguna biasa yang memberi sokongan kepada industri pertahanan.
Ketua Eksekutif Masterplan Consulting, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim, berkata pembangunan fasa pertama projek di tapak seluas 223 hektar itu akan dimulakan akhir tahun ini.
Ia, katanya akan membabitkan pembangunan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), bangunan utama, pusat komersial, universiti dan kawasan perindustrian.
"Pembangunan fasa pertama dengan GDV RM756 juta ini dijangka mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan.
"Fasa kedua pula dijangka mengambil masa selama empat tahun dan fasa ketiga selama tiga tahun membabitkan pembangunan pusat logistik, kawasan PKS serta penambahan kawasan industri tertentu dengan GDV masing-masing sebanyak RM368 juta dan RM396 juta," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Operasinya, Khairul Nizam Mohd Sayuti dan Pengurus Pemasarannya, Amal Aziz.
Ahmad Faris berkata, setakat ini 500 syarikat dalam dan luar negara telah menyatakan minat untuk melabur di MDSTP.
Katanya, sebagai permulaan, Masterplan Consulting pertengahan bulan ini akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan lima syarikat yang akan melabur dalam projek bersepadu ini.
Beliau berkata, syarikat berkenaan ialah The Association of Italian Companies on Aerospace, Defence and Security yang merancang melabur RM4 bilion dalam bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan siber, medan perang berkonsep maya, teknologi pembuatan komposit serta bandar pintar.
Empat syarikat lain, katanya ialah Stratsec Net Sdn Bhd dengan cadangan pelaburan RM30 juta; Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (RM200 juta); McAfee (M) Sdn Bhd (RM60 juta) dan Caibros International Sdn Bhd dengan China Green International (M) Sdn Bhd sebanyak RM20 juta.
Ahmad Faris berkata, projek itu diharapkan mengurangkan kebergantungan negara terhadap negara lain dalam menghasilkan pengeluaran senjata dan teknologi pertahanan.
"Ia juga bakal membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi negara pengeksport penting dalam industri pertahanan di rantau Asia.
"Penubuhan MDSTP ini juga akan membolehkan negara ASEAN bekerjasama dalam mengeluarkan peralatan serta teknologi pertahanan sendiri di samping mengurangkan kebergantungan kepada negara luar," katanya.
Sumber: Berita Harian
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
BalasHapusPERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU Aky WOWO
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG Aky WOWO DI NO_085328880180 atau Lihat SITUS RESMI AKI WOWO
SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYAT SAYA.....